Kes jangkitan COVID-19 kembali meningkat kepada tiga digit, iaitu 182 kes.
Sebahagian besar kes melibatkan kluster Benteng di Sabah dengan 167 kes dan kluster Sungai serta Telaga di Kedah sebanyak 14 kes.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,810 kes.
Ini menjadikan jumlah kes kumulatif positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 9,810 kes.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 501 kes.
Sementara itu, 14 kes pulih COVID-19 dicatatkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,181 kes.
Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 128 kes